Destinasi pelancongan Washington,_D.C.

Memorial Jefferson ketika senjaTugu Smithsonian

Washington, D.C. adalah tempat bagi banyak simbol penting Amerika Syarikat dan merupakan destinasi popular pelancongan. Antaranya adalah taman besar yang di dalamnya terletak monumen penting pemimpin Amerika Syarikat yang juga menghubungkan Rumah Putih dan bangunan Kapitol. Di sini juga terdapat Monumen Washington, Memorial Jefferson, Memorial Lincoln, Memorial Franklin Delano Roosevelt, Memorial Perang Dunia Kedua, Memorial Veteran Perang Korea, Memorial Veteran Vietnam, Memorial Albert Einstein dan sebagainya.

Institut Smithsonian yang merupakan koleksi muzium-muzium percuma juga terletak di Washington, D.C. Selain itu terdapat juga muzium seni seperti Galeri Seni Kebangsaan dan Muzium Kebangsaan Seni Wanita.

Juga terdapat Perpustakaan Kongress dan Arkib Nasional yang menyimpan beribu-ribu dokumen penting dalam sejarah Amerika. Antaranya dokumen-dokumen asal Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat, Perlembagaan Amerika Syarikat dan Undang-Undang Hak Asasi Amerika Syarikat.

Tempat menarik lain adalah National Geographic Society, Chinatown, Teater Ford (tempat Abraham Lincoln ditembak), Muzium Peringatan Holocaust Amerika Syarikat, Memorial Mangsa Komunis dan Gereja Besar Nasional Washington. Washington, D.C. juga merupakan bandar kesenian dengan banyaknya teater yang aktif dengan persembahan dari yang klasik kepada moden.